Home info Formula Cuti Berganti Negeri Yang Berbeza

Formula Cuti Berganti Negeri Yang Berbeza

31
4
Cuti Berganti Jumaat dan Ahad

Di negara kita Kementerian membahagikan kumpulan negeri kepada 2 iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B, negeri apakah yang berada di kumpulan ini?

Bagi yang bekerja sebagai guru memang sudah biasa dengan kelompok ini. Namun, bagi orang awam mungkin berlaku sedikit kekeliruan terutamanya apabila melibatkan cuti umum dan kelepasan am.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Baiklah secara mudahnya untuk memahami kumpulan ini adalah seperti berikut:

Kumpulan A: Negeri yang cuti pada Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B: Negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad iaitu negeri SELAIN Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Ok, kini anda sudah memahami pembahagian kumpulan tersebut. Perkara ke 2 yang anda perlu fahami pula adalah Cuti Berganti bagi negeri-negeri tersebut. Di sini berlaku kekeliruan bukan sahaja di kalangan bukan guru, tetapi juga berlaku di kalangan guru, terutamanya yang tidak pernah berkhidmat di negeri yang cutinya hari Jumaat dan Sabtu. Selain itu anda juga boleh rujuk Takwim Persekolahan dan Cuti Sempena Perayaan yang telah ditetapkan KPM.

Seperti mana yang sedia maklum sekiranya sesuatu cuti umum jatuh pada hari Ahad, cuti akan dibawa ke hari Isnin, kerana hari Ahad sudah sememangnya cuti hujung minggu. Jika jatuh pada hari Sabtu ia tidak akan diganti ke hari lain. Itu formula yang digunakan di negeri Kumpulan B. Seperti Selangor, Perak Perlis dan yang sama cutinya.

Namun begitu bagaimana pula di negeri Kumpulan A? Iaitu negeri yang cuti Jumaat dan Sabtu, Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Ramai yang beranggapan negeri-negeri ini akan cuti pada hari Ahad jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat, terutamanya mereka yang bukan bertugas di negeri tersebut. Sebenarnya ada perbezaan untuk 4 negeri ini yang perlu kita tahu seperti berikut:

Kumpulan A:

Johor dan Kedah: Sekiranya Cuti Umum jatuh pada hari Jumaat, cuti berganti akan dibawa ke hari Ahad.

Kelantan dan Terengganu: Sekiranya Cuti Umum jatuh pada hari Sabtu, cuti berganti akan dibawa ke hari Ahad.

Kekeliruan yang selalu berlaku adalah apabila ada cuti umum pada hari Sabtu, sebilangan besarnya tidak tahu bahawa Kelantan dan Terengganu akan dapat cuti pada hari Ahad, mungkin kerana beranggapan di sana sama cuti seperti Johor dan Kedah.

Sebagai contohnya Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong pada tahun ini adalah pada 9 September 2017 iaitu pada hari Sabtu.

Negeri manakah yang akan bercuti pada Hari Ahad, jawapannya adalah Kelantan dan Terengganu.

Adakah Johor dan Kedah akan cuti pada hari Ahad 10 September 2017? Jawapannya tidak.

Negeri lain bagaimana? Negeri lain seperti biasalah, mengikut formula yang diterangkan di atas tadi.

Kenapa berlaku perbezaan cuti ini? Kenapa tidak selaras? Ini kerana cuti ini tertakluk di bawah Kerajaan Negeri, sebab itulah ia tidak sama. Semoga penerangan ini dapat mencerahkan dan menghilangkan kekeliruan cuti Jumaat Sabtu dan Ahad ini.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here