Home info Sehari Berapa Jam Anda Berada di Sekolah?

Sehari Berapa Jam Anda Berada di Sekolah?

38
0
Waktu Kerja Guru

Setiap sekolah mempunyai waktu datang dan balik yang berbeza, ada yang awal dan ada juga yang lewat. Bagi sesi pagi terutamanya kebanyakan sekolah menetapkan wajib punch card sebelum pukul 7.00 pagi, 7.01 sudah merah. Manakala waktu pulang kadang-kadang berbeza setiap hari, secara puratanya 3.00 petang.

Sebilangan kecil berpendapat waktu guru bekerja pendek, pukul 2 dah balik, pekerja lain pukul 5 baru habis kerja. Jika dihitung jumlah jam guru perlu berada di sekolah adalah 8 Jam. Maknanya jumlah jam guru bekerja juga tetap sama banyak bahkan kadang-kadang terlebih dari waktu sebenar.

Lagipun guru perlu hadir aktiviti yang diadakan pada Hari Sabtu, kebanyakakkan sekolah 2 sesi mengadakan Hari Kokurikulumnya pada hari Sabtu. Itu juga dikira sebagai Hari bekerja, dan tiada elaun kerja lebih masa diberikan seperti penjawat awam lain.

Bukan hendak membandingkan kerja, tetapi penjelasan ini adalah untuk membetulkan tanggapan negatif terhadap guru, sekurang-kurangnya faham jadual kerja guru di sekolah.

Kepada guru-guru boleh jawab survey di bawah, jumlah jam anda bekerja di sekolah. Kongsikan kepada rakan-rakan dengan menekan butang Share Facebook, Whatsapp atau Telegram di bawah.

Sebagai guru, secara purata sehari berapa jam anda berada di sekolah?

View Results

Loading ... Loading ...

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here