Apabila terlebih waktu bekerja. Seorang guru kebiasaanya sudah bergerak ke tempat kerja seawal 6.30 pagi, dalam pukul 7.00 sudah berada di sekolah untuk memulakan tugas, bagi mereka yang bertugas pada minggu tersebut pula perlu datang lebih awal, menunggu murid di pintu pagar dan menyambut mereka, salah 1 program Guru Penyayang..
Tugas guru
Guru tidak boleh keluar sesuka hati dari sekolah tanpa kebenaran, wajib ada di sekolah biarpun tiada kelas, murid akan pulang lebih kurang pukul 1.00 petang, manakala cikgu akan pulang lebih kurang pukul 2 atau pukul 3, sekiranya ada mesyuarat mungkin akan sampai ke petang, 5 atau 6 petang.
Namun ada yang salah anggap guru pulang awal, kerja separuh hari, penjawat awam lain pukul 5 baru boleh pulang. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah kerana tidak memahami jadual bekerja guru.
Guru tidak seperti penjawat awam lain ada bayaran Overtime, guru perlu hadir hari sabtu jika ada aktiviti, kelas tambahan, aktiviti koko, perkhemahan, mesyuarat dan sebagainya. Semua ini tanpa bayaran, hanya seikhlas hati.