Dr. Radzi Jidin telah diumumkan sebagai Calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Putrajaya P125.
“Saya bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan perubahan berlaku dalam arena politik negara, bermula dari Putrajaya,” jelas beliau.
Beliau yang juga berkhidmat sebagai Menteri Kanan Pendidikan dilihat sebagai calon yang tepat oleh Tan Sri Muhyidin Yassin untuk bertanding di kawasan tersebut.
Berdasarkan rekod PRU 14 sebelum ini Putrajaya merupakan kubu Barisan Nasional yang dimenangi oleh Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dr. Radzi Jidin juga“Saya percaya dengan kerjasama dan dukungan seluruh jentera PN, tidak terkecuali setiap warga Putrajaya, kita semua mampu mencipta era baharu Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.









