Sesi persekolahan baharu bakal dibuka, ibu-ibu sudah mencari kelengkapan sekolah anak-anak? Terutamanya tudung sekolah. Mencari tudung sekolah yang bersesuaian dengan anak sangat menguji kesabaran ibu-ibu sekalian. Betul tak? Silap pilih tudung, mood anak-anak nak ke sekolah terjejas. Pakai tudung tak nampak mata pun ada. Dalam artikel ini, ada diberikan tips bagaimana pilih tudung sekolah awning lembut yang sesuai dengan anak-anak, beli secara online.
Apabila menjelangnya sesi persekolahan baharu, pastinya kita akan melihat pelbagai karenah anak-anak ke sekolah. Paling mencuit hati, apabila melihat anak-anak kecil yang mengenakan tudung sekolah di sebelah tengah hari iaitu waktu pulang dari sekolah.
Ada sahaja di kalangan anak-anak yang mengenakan tudungnya mata sudah tidak kelihatan. Manakan tidaknya, tudung sudah ke bahagian depan menutupi mata dan dahi. Ada segelintir ibu bapa melihatnya sebagai suatu perkara biasa.
Apakah kesan memakai tudung sekolah yang tidak selesa terhadap anak-anak
Tetapi tahukah anda? dengan tudung meluncur ke bahagian depan iaitu menutupi sebahagian dahi. Kami percaya anak-anak sudah tidak seronok lagi untuk belajar. Kemungkinan besar, mereka akan hilang fokus dalam pembelajaran serta emosi mereka juga terganggu dengan ejekan daripada rakan-rakan di sekolah.
Kenapa Tudung Sekolah Awning Scuba bagus untuk pelajar sekolah
Bukan sekadar Tudung Sekolah
Ianya bukan seperti tudung sekolah lain yang berada di pasaran. Malahan, tudung awning Scuba adalah solusi kepada pelajar sekolah rendah yang mempunyai masalah memakai tudung. Yang sering mempunyai masalah awning tudung sukar dibentuk atau dilipat.
Awning Scuba keluaran daripada Tudung SiComel
Satu-satunya tudung sekolah awning lembut yang dikeluarkan oleh Tudung Si Comel, dimana awning tudung mudah dibentuk serta tidak perlu melipat lagi untuk kemasan.
Scuba bukanlah tudung yang digunakan untuk scuba diving. Tetapi, scuba yang dimaksudkan awning lembut serta tidak mudah rosak setiap kali cucian tangan mahupun mesin basuh.
Awning Scuba boleh selamatkan anak-anak dari Pra-Sekolah sehingga peringkat menengah
Bukan itu sahaja, tudung awning lembut scuba juga boleh digunakan oleh anak-anak dari peringkat Pra-Sekolah sehinggalah Sekolah Menengah.
Tudung sekolah ini juga bantu memudahkan semua golongan pelajar bersiap untuk ke sekolah.
Kain yang digunakan adalah jenis fabrik Lycra daripada Korea. Ianya mudah dibasuh, lembut, dan sejuk apabila memakaianya ke sekolah. Selain itu, dengan pemakaian tudung Awning Scuba anda selesa untuk bergerak.
Cara pilih tudung sekolah anak-anak, jika membeli secara online
- Pastikan anda tahu saiz tudung semasa yang digunakan oleh anak. Ini kerana bagi mengelakkan kesilapan order berlaku. Jika ada agent yang boleh membantu macam kami di Tudung Si Comel, lagi bagus. Proses pemilihan akan menjadi lebih mudah.
- Pastikan anda juga kenal jenis kain tudung yang selesa untuk anak-anak.
- Pastikan juga, sebelum membeli tudung sekolah anak baca terlebih dahulu testimoni-testimoni pelanggan.
- Akhir sekali, membeli dengan penjual dan agent yang dipercayai. Atau lama dalam industri pakaian dan kelengkapan sekolah anak-anak. Kerana kami percaya, produk yang berada dalam pasaran pastinya dipercayai dan menjadi pilihan ibu-ibu.
Dimanakah mahu mendapatkan Tudung Sekolah Awning Scuba
Anda boleh dapatkan segera melalui website kami dengan melihat pautan tudung sekolah Awning Scuba .
Pilihan terbaik daripada Tudung Si Comel
Kami menyediakan pelbagai saiz tudung bermula dengan SS ( Umur dari 5 hingga 8 tahun ), S (Umur dari 8 hingga 11 tahun ) , M ( Umur dari 11- 15 tahun ) dan L (15 tahun sehingga saiz dewasa)
Apa yang menariknya mengenai tudung Awning Scuba, ia didatangkan bersama 2 pilihan warna tudung sekolah. Iaitu putih dan warna Putih Nila.
Justeru itu, para ibu sekalian tidak perlu runsing lagi dengan anak-anak yang mahu masuk ke sekolah. Anda tidak perlu lagi lihat anak-anak balik ke sekolah dengan tudung ke belakang lagi. Serta anda tidak perlu lagi menyeksa anak-anak dengan meletakkan pin di bawah dagu. Ini kerana ukur lilit muka sudah sesuai dengan umur dan saiz tudung mengikut keselesaan anak-anak.