PUTRAJAYA: KPM mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.
Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan guru-guru untuk membuat persiapan sempena sambutan Aidilfitri.
Boleh rujuk video di bawah:
“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.