RPH Pendidikan Islam Tahun 1 ini merupakan Rancangan Pengajaran Harian pertama di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan yang telah bermula dari tahun 2017.

Para guru sebenarnya boleh menyediakan rancangan pengajaran dalam apa jua bentuk, sama ada secara penulisan di dalam buku, cetakan komputer, secara online dan sebagainya.

Di sini admin ingin kongsikan RPH Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR Semakan yang boleh digunakan guru-guru khusunya Guru Pendidikan Islam (GPI). Ia merupakan versi eRPH, kepada yang ingin mendapatkan RPH tersebut boleh ke pautan di bawah:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 KSSR SEMAKAN

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Dilarang Jual

RPH ini diberikan secara percuma, anda dilarang sama sekali menjualnya biarpun telah membuat beberapa perubahan atau penambahan.

Terima kasih diucapkan kepada Team Dr. Saga yang bertungkus lumus membina eRPH ini untuk kegunaan guru-guru di Malaysia.

Semoga dengan perkongsian RPH Pendidikan Islam ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi semasa selaras dengan Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH bagi tahun dan subjek lain boleh ke: Koleksi RPH