Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengumumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPU bagi lepasan STPM dan Setaraf adalah pada ketetapan berikut:

Semakan UPU ONLINE mulai: 31 Julai 2019 (RABU)
Tempoh Setuju Terima: 31 Julai 2019 – 6 Ogos 2019

Semakan Keputusan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 boleh dibuat melalui saluran berikut:

 

Sebarang pertanyaan boleh ke:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
Emel : upu@moe.gov.my

FAQ:

Program pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran.

Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA/ILKA yang dipohon. Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka.

Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA/ILKA berkenaan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana IPTA/ILKA adalah kerana:

i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
iii. Permohonan tidak lengkap
iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
vii. Pemohon sedang belajar
viii. Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)

Permohonan Rayuan pula dibuka pada 31 Julai 2019 hingga 9 Ogos 2019