Salah satu Channel yang boleh guru-guru subscribe dan tonton video-videonya sama ada ketika live atau yang telah dimuat naik ada di Youtube Channel Cikgootube.
Contohnya pada hari semalam dan hari ini telah diadakan live sesi perkongsian ilmu dari guru dan juga dari BSTP (KPM).
Untuk sesi kali ini terdapat 3 siri video yang boleh ditonton di youtube iaitu:
KURSUS PENYEDIAAN BAHAN MULTIMEDIA SECARA DALAM TALIAN- Siri 1- Dari Tulisan Skrip ke Layar Skrin
29 April 2020
KURSUS PENYEDIAAN BAHAN MULTIMEDIA SECARA DALAM TALIAN- Siri 2 – Green Screen – Pengalaman Cikgootube
30 April 2020
https://www.youtube.com/watch?v=2UU_2y6Zq4Y
KURSUS PENYEDIAAN BAHAN MULTIMEDIA SECARA DALAM TALIAN- Siri 3 – Muzik, Grafik dan Gajet
Siri 3 ini akan dapat ditonton pada 6 Mei 2020 nanti, dijadualkan pada jam 10:00 pagi.
Semua kursus ini boleh didaftarkan di dalam SPLKPM melalui link pendaftaran yang telah diberikan oleh penganjur: SPLKPM
Jika anda tidak sempat untuk menonton pada sesi yang lepas, anda boleh sahaja menontonnya lagi di Channel Cikgootube melalui link yang telah diberikan di atas tadi.
Kemudian anda boleh isi di dalam SPLKPM di bahagian e-Pembelajaran.
Jika anda dapat mengikuti semua (3 video) ini anda berjaya memperolehi 6 jam bersamaan 1 hari kursus.
Selain daripa itu, jangan lupa pada hari esok 1 Mei 2020 ada perkongsian dari Cikgu Firdauz Abdullah yang bertajuk Konsep Asas Doodle dan Pembelajaran dan Pengajaran pada jam 2.15 petang. Link untuk menonton di pautan di bawah:
Untuk video-video lain boleh ke channel mereka. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan Team Cikgootube.