Home info eGtukar: Sistem Traffic Light diakui Gagal Selesai Masalah

eGtukar: Sistem Traffic Light diakui Gagal Selesai Masalah

6
0
Sistem pertukaran guru atau egtukar telah menggunakan sistem Traffic Light sebanyak 2 kali, iaitu pada permohonan egtukar sesi Jun 2015 dan sesi Jan 2015. Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan di Facebook rasminya menyatakan sistem yang sedia ada ini baik untuk mengenalpasti kedudukan kekosongan guru, namun dari sudut kemanusiaan ia tidak dapat menyelesaikan masalah.

Antara yang menjadi alasan pertukaran guru adalah mengikut pasangan, sakit kronik, masalah keluarga dan pelbagai lagi. Ini berikutan penempatan yang dikeluarkan oleh KPM pada peringkat awal tidak mengambil kira masalah dan keperluan tersebut. Sebagai contoh, guru yang berkahwin sebelum posting akan dipostingkan ke tempat yang jauh dengan pasangan, dan menyebabkan saban tahun bilangan guru yang ‘PJJ’ semakin bertambah. Kekurangan guru di kawasan pedalaman dan di Sabah Sarawak menyebabkan permohonan mereka untuk bertukar dinafikan dan perlu menunggu sehingga berbelas tahun. Setelah guru yang lama di Sabah Sarawak dapat bertukar, guru baharu akan ditempatkan pula di situ, dan masalah egtukar terus berlaku, kerana guru tersebut pula akan memohon bertukar untuk duduk dekat dengan pasangan mereka.

Menteri Pendidikan juga telah mengarahkan pihak BPSM dan BPSH menubuhkan task Force bagi meneliti dan menyelesaikan masalah ini. Berikut adalah petikan dari Facebook Rasmi beliau.




“Duka Lara”. KPM telah menerima lebih 30 ribu permohonan termasuk yang disampaikan terus kepada saya. 

Spesifiknya, selain kes-kes kecemasan dan kritikal yang sedang dalam susulan, saya sudah mengarahkan BPSH dan BPSM menubuhkan Task Force untuk mengkaji secara holistik untuk membangunkan satu SISTEM BARU. Sistem “Traffic Light” yang sedia ada itu baik untuk tujuan pengenalpastian TETAPI dari sudut kemanusiaan ia tidak dapat menyelesaikan masalah pasangan guru / pasangan suami atau isteri adalah guru, yang berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Kajian intensif dan analisa sedang dibuat untuk penyelesaian menyeluruh dalam tempoh 3 Bulan atau kurang, yang akan saya umumkan secara rasmi kelak. Saya yakin SISTEM BARU yang lebih holistik perlu digunakan khusus untuk perpindahan dan pertukaran guru.

Saya amat bersimpati dengan situasi ini dan ia merupakan salah satu keutamaan. “Segalanya bermula dari rumah.”

Kajian intensif dan analisa sedang dibuat untuk penyelesaian menyeluruh dalam tempoh 3 Bulan atau kurang, yang akan saya umumkan secara rasmi kelak. Saya yakin SISTEM BARU yang lebih holistik perlu digunakan khusus untuk perpindahan dan pertukaran guru.

Saya amat bersimpati dengan situasi ini dan ia merupakan salah satu keutamaan. “Segalanya bermula dari rumah.”

Tahniah buat Menteri Pendidikan, beliau benar-benar prihatin dengan masalah eGtukar, semoga kita semua dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai guru dengan lebih efisyen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here