Sabar, satu perkataan yang memberi kesan yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini mampu ‘memandu’ manusia dalam kehidupan seharian.

Adanya sifat sabar ini membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan adanya sifat sabar ini, guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Namun begitu, bukan semua mampu untuk mengawal emosi menahan geram apabila berhadapan dengan karenah anak-anak kecil. Sebenarnya sabar itu bukan diuji ketika kita dalam keadaan tenang, tetapi ia diuji ketika kita berada di puncak kemarahan. 


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Di ‘puncak’ kemarahan itu hanya satu sahaja perkara yang boleh mengawalnya iaitu ‘kesabaran’. Sekiranya kesabaran itu berjaya ‘memintas’ emosi itu maka perkara yang buruk pasti dapat dielakkan.

Sesiapa yang menjadi guru pasti mengerti perkara ini, guru juga manusia biasa, ada yang mampu bersabar dan ada juga yang tidak sekuat itu.

Kita juga percaya setiap guru sebenarnya sangat prihatin kepada anak muridnya, tidak mahu bertindak kasar terhadap muridnya, kerana tindakan seperti itu boleh memakan diri.

Apa pun, sama-sama kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

“Sejak kita menginginkan keindahan dan kebahagiaan hidup, jadikanlah sabar sebagai sahabat, dan ikhlas sebagai penguat langkah.”