Tindakan tatatertib merupakan salah satu hukuman ke atas Penjawat Awam yang melakukan kesalahan dalam perkhidmatannya. Ia berlaku di kalangan Penjawat Awam termasuklah Warga KPM.

Antara kes yang disenaraikan adalah seperti:

  • Tidak hadir bertugas
  • Sijil cuti sakit palsu
  • Gagal melapor diri penempatan baru
  • Dadah
  • Judi
  • Pelanggaran disiplin
  • Gangguan seksual
  • Tidak merekod kehadiran
  • Kanun keseksaan

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau
tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan
hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar
Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya
melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.

Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.

Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan
perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke
atas pegawai itu.

BERIKUT MERUPAKAN STATISTIK KES JENAYAH DAN TATATERTIB AM WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI FEBRUARI 2021

Kes tatatertib


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

1. Tatakelakuan Dalam Perkhidmatan Awam Muat Turun
2. Tatatertib Jenayah : Tatacara Tindakan Tatatertib Bagi Kes Sabitan / Pegawai Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah Muat Turun
3. Tatatertib Perintah Tahanan, Pengawasan, Kediaman Terhad, Buang Negeri dan Sebagainya Muat Turun
4. Tatatertib Pewartaan : Tatacara Tindakan Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Secara Berterusan Dan Tidak Dapat Dikesan Muat Turun
5. Tahan Kerja dan Gantung Kerja Muat Turun