Ramai pelajar lepasan SPM yang masih tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu menyambung pengajian ke peringkat Diploma, Matrikulasi atau ke Tahun 6 dengan mengambil STPM atau STAM.

Rata-rata tidak tahu hala tuju yang harus mereka ikut, ada yang mengikut kawan, ada yang mengikut kata ibu bapa, dan ada juga yang mendapat cadangan daripada guru-guru.

Di sini kami kongsikan kelebihan memohon Matrikulasi KPM sebagai rujukan tambahan pelajar-pelajar lepas SPM.

Permohonan Matrikulasi bagi lepasan SPM 2020 juga telah dibuka: Permohonan Matrikulasi

Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


a) Program ini diiktiraf oleh semua UA dan turut diiktiraf oleh
universiti terkemuka luar negara (Senarai universiti luar
negara terdapat pada soalan no. 24).

b) Program ini menawarkan pendidikan yang menyeluruh
merangkumi bidang akademik dan pembangunan
kemahiran insaniah. Pelajar Program Matrikulasi KPM
berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti sehingga ke peringkat
kebangsaan.

c) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan menerima Sijil
Matrikulasi yang melayakkan mereka memohon berkhidmat
dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam 39 skim
perkhidmatan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Tahun 2016 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017).

d) Kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kerajaan.
Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu
membayar yuran pendaftaran sahaja semasa mendaftar.

Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon : 03-8884 4083
Faks     : 03-8884 4028
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan kepada mohon.matrik@moe.gov.my