Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Berdasarkan keperluan semasa bagi menampung pertambahan jumlah pelajar cemerlang, mengisi kekosongan tempat di bidang-bidang sains, profesional dan kritikal khususnya pelajar Bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pada tahun 1998, Yab Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abd. Razak, yang pada ketika itu Menteri Pendidikan telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Untuk Lepasan SPM 2020 Melalui Laman Sesawang Matrikulasi Mulai 15 /3/2021 hingga 15/4/2021.

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan dibuka mulai:

15 Mac 2021 hingga 15 April 2021
Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN

KLIK LAMAN WEB PERMOHONAN DI BAWAH:

LAMAN WEB PERMOHONAN MATRIKULASI

Jurusan dan aliran yang ditawarkan:

Program Matrikulasi KPM menawarkan tiga jurusan iaitu:
1. Jurusan Sains:
a) Sains Hayat
b) Sains Fizikal
c) Sains Komputer

2. Jurusan Kejuruteraan:
a) Kejuruteraan Asas
b) Kejuruteraan Awam
c) Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
d) Kejuruteraan Mekanikal

3. Jurusan Perakaunan
a) Perakaunan
b) Perakaunan Profesional

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada
    1 Januari 2021.
  • Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam
    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Syarat Minimum Permohonan ke Program Matrikulasi

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam
peperiksaan SPM 2020:

  • Jurusan Sains
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    B Matematik
    C Matematik Tambahan
    C Kimia
    C Fizik atau Biologi
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Kejuruteraan
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    B Matematik
    C Matematik Tambahan
    C Fizik
    C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    Biologi/ Sains Tambahan / Lukisan Kejuruteraan/ Asas
    Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ /
    Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
    Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Kimia
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Perakaunan
    C Bahasa Melayu
    C Bahasa Inggeris
    C Matematik
    C dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut:
    Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains
    Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/
    Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains
    Komputer/ Sains Sukan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip
    Perakaunan / Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
    Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
    Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Sejarah
  • Jurusan Perakaunan Profesional
    C Bahasa Melayu
    A- Bahasa Inggeris
    A Matematik
    C Matematik Tambahan
    A dalam tiga (3) daripada mata pelajaran berikut:
    Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Lukisan
    Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
    Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
    Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip
    Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
    Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
    Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Lulus Sejarah

RUJUK VIDEO PANDUAN PERMOHONAN