Home info Polis Tarik Balik Arahan Perlu Kelulusan Jika Keluar Negeri

Polis Tarik Balik Arahan Perlu Kelulusan Jika Keluar Negeri

89
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik arahan untuk orang ramai mendapatkan surat perlepasan untuk keluar ke negeri lain malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara memaklumkan orang ramai perlu mendapatkan surat perlepasan sekiranya ada keperluan untuk bergerak ke negeri lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun begitu, berlaku kesesakan di Balai Polis apabila orang ramai berpusu-pusu ke balai untuk mengisi borang pelepasan kerana ingin merentas negeri dan pulang ke kampung.

Selain daripada itu, berlaku juga kesesakan di TBS apabila pelajar institut pengajian tinggi juga turut sama membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman. Bagi pelajar sememangnya akan pulang ke kampung halaman, memandangkan kos makan dan minum dapat dikurangkan jika bersama keluarga.

Printer Brother
Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

Rakyat dinasihatkan tidak perlu panik, tidak perlu membeli stock makanan terlalu banyak sehingga menyebabkan pengguna lain tidak dapat membelinya.

Orang ramai juga tidak perlu ke kampung jika tiada keperluan mendesak, boleh terus sahaja duduk di rumah. Lagipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan baru sahaja bermula.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam situasi sekarang, berfikir secara rasional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here