Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Arahan Pentadbiran Bil 1/2020: Garis Panduan Kehadiran di Pejabat Bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Norma Baharu Menghadapi Covid-19 – Rujuk : https://www.pendidik2u.my/garis-panduan-kpm-kehadiran-pegawai-ke-pejabat/

KPM juga menggalakkan penggunaan teknologi semasa bagi mereka yang ingin membuat mesyuarat dengan menggunakan kaedah secara atas talian seperti menggunakan aplikasi Google Meet / Teams / Zoom atau sebagainya.

Ia bertujuan mengelakkan pertemuan dengan individu lain. Langkah tersebut lebih selamat berbanding hadir ke pejabat atau sekolah.

Berikut adalah SOP Mesyuarat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mesyuarat

  1. Melaksanakan kaedah komunikasi alternatif (mesyuarat secara dalam talian) seboleh mungkin;
  2. Urus setia mesyuarat bertanggungjawab memastikan proses sanitasi dibuat di bilik mesyuarat masing-masing sebelum dan selepas sesuatu mesyuarat diadakan;
  3. Melaksanakan mesyuarat berdasarkan keperluan kehadiran dan kapasiti bilik mesyuarat selepas mengambil kira penjarakan social;
  4. Urus setia mesyuarat hendaklah memastikan semua ahli mesyuarat diberi maklumat berkaitan peraturan dan langkah kawalan yang perlu dipatuhi sepanjang mesyuarat berjalan; dan
  5. Urus setia mesyuarat hendaklah mengambil maklumat kehadiran ahli mesyuarat dan rekod kehadiran tersebut perlu disimpan sekiranya terdapat keperluan untuk rujukan berkaitan kesihatan.

mesyuarat semasa pkpb

Sekiranya tiada keperluan mendesak mesyuarat di pejabat, mesyuarat secara atas talian perlu diutamakan. Perdana Menteri telah pun mengumumkan tempoh PKPB dilanjutkan lagi selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.