Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada penjawat awam di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen sebanyak RM250.

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

— Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 adalah seperti berikut:


3.1 pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
3.2 pegawai yang bercuti bergaji penuh;
3.3 pegawai yang bercuti separuh gaji;
3.4 pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
3.5 pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Boleh rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2020

Bantuan Khas ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan penjawat awam dan mampu merancakkan lagi perkembangan ekonomi kita.