Pekeliling Perkhidmatan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2020 ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen sebanyak RM250.00.

Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 adalah seperti berikut:


3.1 pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
3.2 pegawai yang bercuti bergaji penuh;
3.3 pegawai yang bercuti separuh gaji;
3.4 pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
3.5 pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 juga dipanjangkan kepada:


4.1 guru interim;
4.2 pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
4.3 pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah
berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PESARA

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 20 Mei 2020 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00.

Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai
sedang berkhidmat.

PEGAWAI MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 20 Mei 2020 layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.00.

Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir
pegawai berkhidmat.

TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Boleh rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2020 :

BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2020

Pekeliling Bantuan khas Aidilfitri 2020