Tema Hari Guru 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena
sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah ‘Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu.

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.

Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Apa tema hari guru 2020


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Berguru dengan ilmu, bina generasi baharu

Berguru merupakan suatu probes pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan
di dunia ini.

Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk
mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu.

Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generali pewaris masa hadapan negara.

Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.

Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ‘ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

– KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

11 MEI 2020