Semalam ketika di perkarangan Mahkamah Seremban 2, seorang guru menghampiri Cikgu Azizan, beliau juga merupakan guru yang dalam proses untuk dibicarakan di Mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Di saat itu juga beliau sempat berkongsi perasaannya, dan memberiktahu memahami perasaan yang Cikgu Azizan alami. Boleh tengok gambar di atas Ustaz Adib (berkopiah putih) swafoto bersama Cikgu Azizan.
Kita menghormati permintaan Ustaz Adib supaya mendoakan yang baik-baik sahaja, elakkan mengeluarkan kenyataan sendiri, supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi.
Beliau akan dibicarakan 26 Dis 2017 ini, di Mahkamah Majistret Kajang. Berikut adalah pesanan beliau:
“Assalamualaikum semua. Terima kasih pada mereka yang memberi sokongan pada saya. Disebabkan kes saya masih belum selesai saya mohon rakan guru semua untuk tidak mengeluarkan kenyataan sendiri sehingga boleh menyebabkan salah anggap banyak pihak. Saya tidak mahu mengganggu proses mahkamah yang bakal dijalankan.
Saya tak minta banyak cuma mohon rakan guru semua mendoakan saya sudah memadai. Saya sekadar berkongsi apa yang dirasai bersama cikgu azizan.
Terima kasih semua guru guru hebat.
Mohon doa baik baik ye :)”
Boleh tengok Video dari Ketika Live Harian Metro di bawah bermula di minit 3:59
Untuk mengelakkan sebarang spekulasi kita sama-sama mendoakannya sahaja sebagai rakan guru kita, seperti mana saranan Menteri Pendidikan juga, tiada masalah untuk kita memberi sokongan moral kepada seorang rakan.
Elakkan mengeluarkan kenyataan atau sebarang spekulasi.
Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau.
#PrayForUstazAdib
Ya Allah permudahkan urusan Ustaz Adib dalam menjalankan urusan agamamu dan mendidik Insan…
Semoga Allah tunjukkan kebenaran.. InsyaAllah..
semoga dipermudahkan urusan
Pendidikan dipolitikkan…dan Pandangan/ajaran Islam di ketepikan..
Hati2lah semua wahai rakan2 guru..
Tugas kita hanya menyampaikan, bkn mendidik dan mengajar…
Walaupun saya bukan warga pendidik..saya menyokong usaha2 cikgu utk mnjadikan anak2 saya seorang manusia..semoga segala urusan cikgu adib dipermudahkan.amin..
Moga dipermudahkan urusan. InsyaAllah
Dunia skaran apa nk jadi….
semuga dipermudahkan urusan dan kebenaran yg hakiki Aamiin.
Di permudahkan segala urusan Aamiin.
Ya Allah, tuhan yg maha Adil, permudahkanlah urusan ustaz Adib.
Ustaz Adib, saya doakan kemenangan buat ustaz
Semoga dipermudahkan
Saya menyebelahi ustaz.
[…] Berita kes Ustaz Adib […]
Semoga Ustaz bersabar kerana Allah memberi ganjaran darjat hebat