Home info Saman terhadap guru meningkat-NUTP

Saman terhadap guru meningkat-NUTP

8
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar guru meningkatkan pemahaman tentang literasi undang-undang yang merangkumi sektor pendidikan sesuai dengan trend peningkatan saman terhadap mereka sejak dua tahun lalu.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya menerima aduan terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu pengajaran, pelaksanaan kokurikulum dan pengurusan sekolah.

“Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.

“Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023.

Beliau berkata, di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.

“Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.

“Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here