PENANGGUHAN PROGRAM SUKAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang
ramai (mass garnering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan
COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM
yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum
bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya standard operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2079 yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada
setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi
Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon
Krisis (CPRC) Kebangsaan. Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperolehi melalui laman web rasmi KKM.

KPM mengambil cakna berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama
rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13 Mac 2020