Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

KPM mengambil perhatian yang serius mengenai penularan virus ini dalam kalangan warga sekolah bawah pentadbiran KPM.

KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan surat Langkah
Kesiapsiagaan Pencegahan Kejadian Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCOV) di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kesiapsiagaan sekolah dalam mencegah penularan jangkitan COVID-19 bertarikh 4 February 2020 untuk persediaan di peringkat awal kejadian jangkitan penyakit ini dilaporkan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa, garis panduan yang jelas dan terperinci diperlukan oleh pihak sekolah untuk menangani isu penularan jangkitan COVID-19 dalam usaha pencegahan jangkitan penyakit ini dalam kalangan warga sekolah.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pengurusan sekolah di bawah KPM
termasuklah sekolah swasta akademi dan agama, sekolah antarabangsa dan sekolah
ekspatriat yang berdaftar dengan KPM untuk mengambil ]angkah-]angkah mengawal
penularan penyakit COVID-19 termasuk mengendalikan warga sekolah yang terlibat
dengan perjalanan ke negara-negara yang dikategorikan sebagai negara berisiko
tinggi dalam penularan virus COVID-19 iaitu China (Taiwan, Macau, Hong Kong),
Republik Korea, Jepun, ltali dan Iran sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan
akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 28 Februari 2020 dan negara-negara lain yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa.

Warga sekolah juga diminta untuk sentiasa melayari laman web KKM untuk mendapatkan perkembangan terkini jangkitan penyakit ini serta mendapatkan senarai terkini negara terjejas dengan wabak COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Berikut merupakan SOP Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh KPM

SOP PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN PENYAKIT COVID19 DI SEKOLAH-1

Muat turun dengan menekan butang [■] di atas.