Home info KPM Salur Bantuan RM1000 Kepada Guru dan Murid Terjejas

KPM Salur Bantuan RM1000 Kepada Guru dan Murid Terjejas

23
0

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada warga KPM termasuk guru dan murid yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Setakat pagi ini, pihak KPM telah mengenal pasti seramai 107 warga yang terjejas, termasuk lima orang guru dan 102 murid. Empat daripada mereka masih menerima rawatan di hospital.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Bantuan tersebut akan disalurkan secepat mungkin selepas semua data berjaya dikumpul dan disemak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) berikutan kemusnahan barangan persekolahan seperti buku teks dan dokumen peribadi.

Insiden ini memberi kesan kepada warga KPM, khususnya murid-murid daripada 23 sekolah di kawasan tersebut. Oleh itu, KPM mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kebajikan mereka.

JPNS turut melaporkan bahawa terdapat mangsa yang mengalami kerugian sepenuhnya di mana semua barangan keperluan sekolah telah musnah sepenuhnya. Oleh itu, mereka perlu diberikan bantuan sewajarnya. Selain itu, bantuan ini juga akan disokong oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Didik Negara.

Semasa lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Puchong, pasukan kaunselor dan sokongan akademik akan diaktifkan bagi membantu menyediakan murid-murid untuk menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.

Jabatan Pendidikan Negeri turut diminta untuk memantau secara rapat keadaan murid-murid yang terlibat. Data yang dikumpul akan sentiasa dikemas kini agar semua bentuk sokongan dapat disalurkan dengan tepat.

Ucapan takziah juga dihulurkan kepada semua yang terlibat. KPM menegaskan komitmennya untuk memastikan kebajikan warga KPM dan murid yang terjejas sentiasa diberi perhatian sewajarnya dalam menghadapi insiden ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here