Home info Boleh Mohon Cuti Berganti Sebelum Hari Pengundian

Boleh Mohon Cuti Berganti Sebelum Hari Pengundian

28
0

KUALA NERANG, 15 April (Bernama) — Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini dibenarkan mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata perkara itu dibenarkan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang membolehkan pengetua atau guru besar memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari sebelum hari pengundian, bukannya selepas hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ‘Sokongan Komuniti Untuk Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

Sehubungan itu, Mahdzir meminta pengetua dan guru besar agar membuat permohonan secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti berganti tersebut…..

Bernama

Sebenarnya guru mahukan cuti selepas PRU 14, bukan sebelum hari mengundi, kerana hampir kebanyakan guru mahu pulang ke kampung untuk membuang undi yang mana akan menempuh perjalanan pulang yang panjang.

Guru berharap KPM meneliti semula permohonan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here