Home info Pengetua Prihatin Suruh Isi Borang Siapa Nak Cuti 10 Mei

Pengetua Prihatin Suruh Isi Borang Siapa Nak Cuti 10 Mei

13
2

Susulan rintihan Guru yang bermastautin di luar yang terpaksa mengambil Cuti Rehat Khas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang Pengetua di Sabah yang memahami keadaan itu menyediakan borang senarai nama guru yang ingin memohon CRK pada hari Khamis.

Tahniah diucapkan kepada pentadbir seperti ini yang prihatin terhadap kebajikan guru-gurunya. Tindakan seperti ini juga perlu dicontohi oleh Guru Besar dan Pengetua di sekolah lain.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Selain di Sabah, terdapat juga sekolah-sekolah di Semenanjung yang Pentadbirnya memberi Green Light kepada stafnya yang ingin pulang mengundi.

Seperti mana yang kita sedia maklum, kebanyakan guru mengajar di luar kawasan negeri mereka, dan tidak menukar pusat mengundi. Mungkin ada yang bertanya kenapa tak tukar tempat mengundi?

Sebenarnya, jika nak tukar saat akhir ini memanglah tidak boleh, kalau nak tukar perlu menukar alamat kad pengenalan mereka terlebih dahulu.

Ramai pengundi luar sebenarnya tidak menukar alamat, mungkin kerana belum membeli rumah, oleh itu alamat di kad pengenalan masih menggunakan alamat kampung.

Sehubungan dengan itu, kita menyeru semua Guru Besar dan Pengetua memberi kelulusan kepada guru-guru yang memohon CRK pada hari Khamis 10 Mei 2018 atas faktor pulang mengundi.

CRK digunakan untuk perkara-perkara penting, dan inilah masanya untuk menggunakannya. Apa guna bagi 10 hari jika nak minta 1 hari pun susah?

2 COMMENTS

  1. Pengetua prihatin ni ganti jadi Menteri Pendidikanlah plop pasni,sbbnya ada gk usaha mikir utk staff … yg sedia ada leh campak ke laot sbb xde otak.

    • Betul! kita perlu pegawai atasan yg Tahu situasi sbnr yg blaku d sekolah2..bgmana keadaan seklh yg berbeza2 Krn byk factor..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here