Home info Subjek Alam Sekitar, Apa Kata Guru?

Subjek Alam Sekitar, Apa Kata Guru?

17
4

Subjek Alam Sekitar diumumkan akan menjadi Mata Pelajaran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bermula 2019.

Keputusan itu dikatakan telah diluluskan di peringkat kabinet pada mesyuarat terakhir 6 April 2018 lalu sebelum parlimen dibubarkan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, subjek itu dilaksanakan secara menyeluruh mencakupi pemuliharaan hutan, sungai, darat, laut, udara, keselamatan alam sekitar dan perubahan iklim.

Selain Kementerian Pendidikan, terdapat juga Kementerian lain yang terlibat seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (NAHRIM).

“Sebenarnya, banyak negara sudah memperkenalkan Mata Pelajaran Alam Sekitar sejak 1992 selepas Sidang Kemuncak Rio,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum dan Ekspo Asiawater 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Di Rantau Asean, Filipina dan Vietnam antara negara yang telah melaksanakan subjek ini.

Berdasarkan tinjauan dari kalangan guru, mereka memberikan pelbagai pandangan terhadap perkara ini:

“Mengapa perlu tambah subjek lagi, sudah terlalu banyak subjek di sekolah rendah..”

“Dulu ada subjek Alam dan Manusia, tetapi telah dipisahkan”

“Jika ada penambahan subjek, bermakna akan ada penambahan waktu persekolahan, melainkan ada subjek lain yang digugurkan jumlah waktu mengajarnya seminggu.”

“Subjek ini bagus, tetapi perlu diteliti sama ada perlu dijadikan subjek atau hanya sebagai gabung jalin sahaja di dalam subjek lain.”

Pelbagai pendapat awal yang kita dengar, ada yang menyokong dan ada yang merasakan ia sebagai bebanan baru kepada guru. Apa pun mungkin apabila sudah siap Dokumen Standard Kurikulum bagi Subjek Alam Sekitar nanti barulah dapat dipastikan proses pelaksanaanya.

Coming Soon
Adakah anda bersetuju dengan penambahan Subjek Alam Sekitar di sekolah?
Adakah anda bersetuju dengan penambahan Subjek Alam Sekitar di sekolah?
Adakah anda bersetuju dengan penambahan Subjek Alam Sekitar di sekolah?

4 COMMENTS

  1. tidak perlu,boleh serap atau merentas sahaja dlm matapelajaran pendidikan Islam dan dalam silibus kokurikulum

  2. dont make more mistakes. stop making the children guinea pigs. may Allah make u come to ur senses. stop burdening the children!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here