Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang guru, anda perlu mengambil peluang ini, iaitu dengan memohon PISMP ambilan Khas 2020 ini.

Tarikh Permohonan dibuka: 6 Julai 2020

Tarikh Tutup Permohonan: 12 Julai 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan
Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan
Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.1.1 Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP
dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4)
tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau
selepas 30 Jun 2000.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata
pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata
pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Sejarah; dan
iii. Bahasa Inggeris.
2.7 Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan.

BIDANG PENGKHUSUSAN

Pismp ambilan 2020 fasa 2

Cara Memohon

1. Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai
2020.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria
yang telah ditetapkan oleh KPM.
3. Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video
pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my
bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru
(UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar
aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon
boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.

PERINGATAN
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah / memanipulasikan
maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan
menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

12 JULAI 2020 (11.59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

Tarikh-tarikh Penting

PROSES KERJA PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN 2020
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Iklan Pengambilan Khas Fasa 2 Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Ambilan 2020
2 JULAI 2020
(KHAMIS)
Permohonan secara dalam talian dibuka 6 JULAI 2020
(ISNIN)
Permohonan secara dalam talian ditutup 12 JULAI 2020
(AHAD)
Semakan calon layak Ujian Kelayakan
Calon Guru (UKCG)
20 JULAI 2020
(ISNIN)
Tempoh penyediaan dan penghantaran
rakaman video
20-26 JULAI 2020
Pelaksanaan UKCG Online 23 DAN 24 JULAI 2020
Penilaian video 27 -29 JULAI 2020
Mesyuarat pemilihan 4-5 OGOS 2020
Semakan tawaran dan cetak surat tawaran
serta dokumen pendaftaran
11 OGOS 2020
(SELASA)
Pendaftaran pelajar ke IPG kampus 1 SEPTEMBER 2020

Tarikh penting pismp 2020

*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan dari masa ke semasa