Satu video dokumentari dari Al-Jazeera yang berdurasi 25 minit 51 saat telah menimbulkan kemarahan buat rakyat Malaysia.

Video yang bertajuk Locked Up in Malaysia Lockdown itu menyiarkan mengenai pengurusan Kerajaan Malaysia dalam mengurus warganegara asing termasuk pendatang asing tanpa izin dalam menghadapi Virus Covid-19.

Namun banyak perkara yang tidak tepat dan berat sebelah seakan mahu memburukkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam mengurus pendatang asing yang bekerja di Malaysia.

Setakat ini video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu dislike dan lebih 54 ribu komen kecaman di Facebook dari “Tentera Bawang” Malaysia.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Dijangkakan angka ini akan terus bertambah sekali ganda pada esok hari.

Video di Facebook: 101 East Al-Jazeera

Video di Youtube: Locked Up in Malaysia Lockdown

Rakyat Malaysia mendesak Al-Jazeera menarik semula video tersebut di semua medium dan meminta maaf kepada Malaysia.