Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebentar tadi mengumumkan pemberian bantuan raya untuk penjawat awam sebanyak RM400.00 bagi Gred 41 ke bawah.

Manakala bagi pesara kerajaan pula akan menerima RM200.

Bantuan ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Pengumuman ini sekaligus membatalkan pengumuman Bekas Perdana Menteri sebelum ini Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2018 yang mengumumkan RM500 untuk semua penjawat awam.

Selain itu, dalam sidang media tersebut beliau turut mengumumkan Program Permata akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.