Beberapa hari lepas tersebar di media sosial dan whatsapp terutamanya di kalangan guru-guru berkenaan ‘Harapan Menteri Pendidikan’.

Sebelum itu juga turut tersebar ‘105 Harapan Guru Kepada Menteri Pendidikan’, admin sendiri juga turut menerima mesej tersebut yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru. Mungkin kerana pertukaran pentadbiran kali ini berbeza dari sebelum-sebelum ini.

Hari ini satu Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Penafian Kenyataan Harapan Menteri Pendidikan telah dikeluarkan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Justeru, YB. Dr. Maszlee menasihatkan para netizen tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana ia tidak benar dan boleh menjadi kerisauan kepada para guru di seluruh negara.

Sebarang perubahan dasar pendidikan perlu melalui perbincangan di peringkat kementerian.

Netizen juga perlu bijak dalam menerima maklumat, bukan semua berita boleh dipercayai bulat-bulat. Pastikan sumbernya terlebih dahulu.