Ramai di kalangan kita tidak mengetahui akan kewujudan bantuan-bantuan yang ada untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan khasnya. Contohnya berkenaan bantuan mengurus jenazah bagi pesara kerajaan yang telah meninggal dunia.

Apa perlu anda (waris/keluarga) buat apabila pesara telah meninggal dunia?

Permohonan Pencen Terbitan dan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Bagi Kes Pesara Kerajaan Yang Meninggal Dunia.

Ikuti 2 langkah ini:

Langkah Pertama:

Lengkapkan borang-borang berikut untuk tuntutan pencen terbitan dan bantuan mengurus jenazah sebanyak RM3,000:

A) http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SPT/JPA.BP.SPT.B01d.pdf
(borang permohonan pencen terbitan jika pasangan pesara masih hidup atau pesara masih mempunyai anak-anak di bawah umur 21 tahun)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


b) http://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM.pdf
(borang permohonan bantuan mengurus jenazah)

Langkah Kedua:

Setelah borang-borang dilengkapkan beserta dokumen-dokumen sokongan (dijelaskan dalam borang tersebut), borang-borang ini boleh dikemukakan melalui pos laju atau sebaiknya secara serahan tangan ke:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Koordinat GPS: 2°56’11″N 101°39’15″E

Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: mypesara@kwap.gov.my

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Semoga info bantuan mengurus jenazah yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan dan memudahkan anda mendapatkan maklumat. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan.