KPM telah mengeluarkan Takwim Cuti Sempena Perayaan 2018 sebagai panduan untuk memudahkan anda semua merancang cuti dan memudahkan pihak sekolah terutamanya dalam merancang Takwim Persekolahan.

Sesi persekolahan bagi penggal pertama akan bermula pada 1 Januari 2018 bagi Negeri Kumpulan A dan 2 Januari bagi kumpulan B.

Apa makna Kumpulan A atau B ni? Kumpulan A adalah negeri-negeri berikut: Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Manakala Kumpulan B pula adalah selain daripada negeri Kumpulan A. Rujuk: Perbezaan Kumpulan A dan Kumpulan B.

Di Malaysia terdapat beberapa perayaan utama yang disambut iaitu:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha
  • Tahun Baru Cina
  • Hari Deepavali
  • Hari Krismas
  • Hari Kaamaatan
  • Hari Gawai Dayak

Ada 7 perayaan yang utama disambut oleh pelbagai agama dan juga bangsa, dan kaum. Namun begitu tidak semua diberikan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan KPM 2018 ini, kerana ada yang memang sudah berada pada cuti penggal persekolahan, sebagai panduan anda boleh rujuk Kalendar 2018 beserta cuti sekolah.

Bagi tahun 2018, ada beberapa perubahan dan penambahbaikan dibuat di mana ada dimasukkan cuti Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak. Ini berita baik buat masyarakat di Sabah dan Sarawak yang menyambut perayaan tersebut.

Cuti Perayaan 2018

CUTI PERAYAAN  CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM
Kumpulan A Kumpulan B
TAHUN BARU CINA

16.02.2018 (Jumaat) & 17.02.2018 (Sabtu)

15.02.2018 (Khamis) 15.02.2018 (Khamis) Semua negeri kumpulan B
19.02.2018 (Isnin) 19.02.2018 (Isnin)
HARI DEEPAVALI 16.11.2018 (Selasa) 04.11.2018 (Ahad) 05.11.2018 (Isnin) Semua negeri Kumpulan B kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan
05.11.2018 (Isnin) 07.11.2018 (Rabu)
HARI KAAMATAAN 30.05.2018 (Rabu) & 31.05.2018 (Khamis) 28.05.2018 (Isnin) Sabah dan Labuan sahaja
01.06.2018 (Jumaat)
HARI GAWAI DAYAK 01.06.2018 (Jumaat) & 02.06.2018 (Sabtu) 30.05.2018 (Rabu) Sarawak sahaja
31.05.2018 (Khamis)

Berdasarkan takwim cuti di atas, terdapat beberapa perubahan yang dibuat seperti berikut:

  • Cuti Hari Raya Aidilfitri (15 dan 16 Jun 2018) tidak dimasukkan kerana jatuh pada cuti pertengahan tahun.
  • Hari Krismas 25 (Disember 2018) pula pada cuti akhir tahun.
  • Cuti untuk Hari Deepavali hanya melibatkan negeri di Semenanjung Malaysia sahaja, Sabah, Sarawak dan Labuan tidak terlibat.
  • Cuti Kaamatan dimasukkan dalam peruntukan cuti KPM, tetapi hanya melibatkan negeri Sabah dan Labuan sahaja.
  • Cuti Hari Gawai Dayak hanya Sarawak sahaja diberi peruntukan cuti oleh KPM.
  • Hari Raya Aidiladha (22.08.2018) juga tidak dimasukkan kerana jatuh pada cuti pertengahan penggal kedua.

Sebagai panduan anda boleh rujuk Kalendar 2018 pada bulan Jun dan Ogos 2018:

cuti raya aidilfitri 2018

1 Syawal pada cuti pertengahan tahun.

cuti raya haji 2018

Hari Raya Aidiladha pada cuti pertengahan penggal kedua.

Selain itu, anda juga boleh merujuk takwim persekolahan 2018 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian.

Sekiranya ingin mendapatkan pekeliling cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM ini, anda boleh dapatkannya di sini:

cuti perayaan 2018

Sumber maklumat ini dalah rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kepada SPI Bilangan 10 Tahun 2017. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak KPM, Pendidik2u akan memberikan maklumat kemaskini sekiranya ada perubahan dari KPM. Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dan pihak sekolah khususnya dalam merancang program serta aktiviti di tahun hadapan dengan lebih lancar dan tersusun.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: