Semakin hampir keputusan UPSR 2017 nak diumumkan semakin berdebar rasanya, bukan sahaja ibu bapa, malah guru-guru juga mungkin lebih berdebar dari orang lain. Eh kenapa guru berdebar juga? Mestilah berdebar, murid yang kita ajar, yang kita didik sejak di pra sekolah / tahun 1 lagi.
Tambahan pula, UPSR dijadikan kayu pengukur oleh sesetengah pihak, menyebabkan guru juga bimbang kemerosotan akan menyebabkan mereka dipersalahkan.
Debaran akan lebih terasa pada hari keputusan diumumkan, sampai tak senang duduk dibuatnya. Semua orang mengharapkan keputusan yang baik dan cemerlang. Murid yang cemerlang biasanya akan dijemput naik ke pentas bergambar meraikan kejayaan.
Namun begitu, kita juga tidak boleh lupakan kepada murid yang lemah dalam akademik, meraka juga perlu diberi sokongan, bahkan merekalah yang sangat memerlukan motivasi.
Berdasarkan kisah pengalaman dulu, ada seorang murid ni, dia bukanlah murid yang cemerlang dari segi akademiknya, dia datang menghampiri cikgunya, dan bagitahu..
Cikgu saya biasa-biasa sahaja, tidak dapat 5A seperti orang lain, tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu, kerana mendidik saya di sekolah ini.
Mukanya tidak ceria seperti orang lain. Cikgu tu senyum dan melihat slip keputusan murid tersebut, dan berkata..
Tahniah, awak sebenarnya telah berjaya, cikgu berbangga ada anak murid seperti awak.
Cikgu itupun memeluk anak muridnya, sambil berkata, ucapan terima kasih awak telah meletakkan awak bukan murid biasa-biasa.
Air mata guru itu pun mengalir, terharu dengan sahsiah yang ada dalam diri murid tersebut..
UPSR adalah langkah pertama, tidak mendapat 6A bukanlah bermakna gagal dalam hidup, perjalanan masih panjang, pelbagai lagi ujian yang bakal dilalui.
Semoga keputusan yang bakal keluar (23 Nov 2017: Tarikh UPSR Keluar) nanti memberi berita gembira kepada anda semua.