myPORTFOLIO merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation).

Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan:

  • maklumat pewujudan jawatan,
  • proses kerja dan
  • panduan menjalankan tugas

bagi jawatan dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ramai yang bertanya mengapa kena buat myPortfolio? Apa Maksud myPortfolio?

Sebelum ini, kita sebagai penjawat awam akan mempunyai dokumen Panduan Mengenai Manual Prosuder Kerja dan Fail Meja ia berdasarkan kepada PKPA Bil 8/1991 sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu.

Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik.

Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat.

template myportfolio

Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan.

Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

myportfolio

Mengapa Guru Kena Buat myPortfolio?

 

Sebenarnya bukan guru sahaja yang kena buat, Semua Penjawat Awam yang lain pun kena buat, pelaksanaan myPortfolio dalam sesebuah organisasi boleh menjadi bukti kepada pematuhan peraturan dan proses kerja yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi arahan pelaksanaan myPortfolio boleh memberikan kesan terhadap kecekapan serta prestasi agensi Kerajaan dan penjawat awam dalam mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sebagai contoh, myPortfolio boleh digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat didokumentasikan di bawah keperluan MS ISO 9001. Dalam erti kata lain, myPortfolio merupakan elemen yang menyumbang kepada Sistem Pengurusan Kualiti.

Fail Meja dijenamakan semula sebagai myPortfolio bagi memberikan gambaran menyeluruh terhadap bidang tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan dan agensi.

Slide Taklimat myPortfolio

SLAID TAKLIMAT myPortfolio guru

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:

  • myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  • Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  • myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  • myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Komponen myPortfolio

  1. Carta Organisasi
  2. Carta Fungsi
  3. Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi
  4. Deskripsi Tugas
  5. Proses Kerja
  6. Carta Alir
  7. Senarai Semak
  8. Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa
  9. Senarai Borang
  10. Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai

Penyediaan myPortfolio Guru

Mesyuarat penyelarasan di peringkat JPN, PPD dan Sekolah telah bersetuju untuk menyediakan template myPortfolio Guru, satu kumpulan taskforce telah diwujudkan bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan. Hasilnya, kita telah diberikan template yang boleh disunting, ia sekaligus memudahkan lagi proses penyediaannya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Template myPortfolio Guru boleh muat turunnya di:

http://gg.gg/myPORTFOLIO-GURU2

Anda dinasihat untuk menggunakan template dari pautan di atas sahaja, ia adalah link yang telah diberikan oleh pegawai penyedia template.

Template ini juga telah dibina mengikut jenis guru di sekolah iaitu:

  1. Guru Akademik Biasa
  2. Pengetua dan Guru Besar
  3. Penolong Kanan Pentadbiran
  4. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
  5. Penolong Kanan Kokurikulum
  6. Penolong Kanan Petang
  7. Penolong Kanan Pendidikan Khas
  8. Penolong Kanan Tingkatan 6
  9. Guru Kaunseling
  10. Guru Media
  11. Guru Kanan Mata Pelajaran
  12. Anggota Kumpulan Pelaksana
  13. Penolong Kanan Sukan

Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada anda semua yang masih keliru berkenaan penyediaan myPortfolio guru ini, bagi guru-guru boleh rujuk artikel seterusnya: Contoh myPortfolio Guru.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u