Selain daripada Guru Akademik Biasa, Guru Kaunseling juga terlibat dalam proses penyediaan myPortfolio. Ia merupakan penjenamaan semula ‘Fail Meja’ ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Proses dan aliran kerja Guru Kaunseling khususnya hendaklah mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
myPorfolio Guru Kaunseling
- Bertanggungjawab menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada kumpulan sasar.
- Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan, pentadbiran, akademik, kerjaya, psikososial, keibubapaan, pembangunan diri dan pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalen, HIV/AIDS
- Merapatkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-sgensi luar.
Pengurusan
- Pengurusan Pentadbiran
- Pengurusan Sumber Maklumat
- Pengurusan Akademik
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Psikososial
- Pengurusan Pembangunan Diri
- Pengurusan Pendidikan Pencegahan dadah,rokok, inhalen, HIV/AIDS
- Pengurusan Penglibatan Ibubapa dan Komuniti
Pengoperasian
- Program Kaunseling Individu
- Program kaunseling Kelompok
- Program Bimbingan Individu
- Program Bimbingan Kelompok
- Program Konsultasi
Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi Guru Kaunseling
1. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah dan bekas murid |
2. Menyediakan Rancangan Tahunan Program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah |
3. Merancang, melaksana dan mengawal selia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara professional dan beretika |
4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum |
5. Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui media yang sesuai |
6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa |
7. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling |
8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan 4 fokus utama Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling iaitu:
a. Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid b. Peningkatan Disiplin Diri Murid c. Pendidikan Kerjaya Murid d. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid |
9. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid |
10. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah |
11. Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah |
12. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah |
13. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah |
14. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan |
15. Menubuhkan, memilih dan melatih secara berterusan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aspek pengetahuan dan kemahiran menolong |
Muat Turun myPortfolio Guru Kaunseling di: GK , untuk jawatan lain boleh dapatkan di : Semua Jawatan
Semoga info dan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru khususnya yang sedang menyediakan dokumen ini.
Trackbacks/Pingbacks