Guru Perpustakaan dan Media juga perlu membuat myportfolio seperti jawatan Guru Akademik Biasa, bezanya tugas dan fungsinya.

  • Bertanggungjawab dalam Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
  • Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan, pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
  • Mengajar mengikut pekeliling berkuatkuasa

Pengurusan

  • Pengurusan Organisasi
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia

Pengoperasian

  • Pengurusan Kurikulum

myPORTFOLIO GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

myportfolio guru media

Boleh muat turun di: Guru Media

Untuk Guru Lain boleh rujuk: myPortfolio Semua

Merancang, melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

  • Melaksanakan Program Kemahiran Maklumat
  • Mengurus Mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
  • Merancang, melaksana, menyelaras Program Pembangunan Staf dan Program Latihan Dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah
  • Memantau dan mengawal selia pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah dan Program Galakan Membaca (NILAM)

Menyelia dan Mengurus Bahan-Bahan Pusat Sumber Sekolah

  • Membuat perolehan bahan-bahan pusat sumber sekolah.
  • Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
  • Merancang dan mengurus Program Promosi PSS
  • Menyediakan Laporan, Analisis Pelaksanaan Pembangunan, Pengurusan, Program dan Aktiviti serta Kewangan Pusat Sumber Sekolah.

Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri/JPWP/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan Program Pusat Sumber Sekolah

  • Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.

Menjalankan Penyelidikan/Kajian Tindakan Berhubung dengan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

Pengurusan Kurikulum

Melaksanakan PdP mengikut pekeliling berkuatkuasa

AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA
Melaksanakan urusan pengurusan dan pentadbiran pusat sumber bagi membolehkan pusat sumber sekolah diuruskan secara sistematik dan berkesan. 1.    Menubuhkan jawatankuasa.

2.    Menyediakan perancangan tahunan.

3.    Melaksanakan perbincangan dengan jawatankuasa.

4.    Menilai keberkesanan perancangan PSS

Melaksanakan urusan pembelian dan organisasi bahan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu dalam kalangan pelajar di sekolah. 1.    Menyediakan anggaran belanjawan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


2.    Membuat analisis bahan bacaan terkini semasa.

3.    Membuat pembelian bahan bacaan dan proses teknik bahan.

4.    Menyemak stok buku lama untuk tujuan pelupusan/hapus kira.

Melaksanakan program galakan membaca dan literasi maklumat bagi melahirkan generasi bermaklumat. 1.    Membentuk jawatankuasa galakan membaca dan literasi maklumat.

2.    Merancang program galakan membaca dan literasi maklumat.

3.    Menilai keberkesanan perancangan program.

Merancang dan mentadbir pelaksanaan kurikulum kepada guru bagi memastikan murid menerima pembelajaran berdasarkan dasar kurikulum kebangsaan 1.    Melaksanakan PdP mengikut pekeliling berkuatkuasa

 

SENARAI SEMAK KERJA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

BIL. TINDAKAN TANDA ( / ) CATATAN
1. Melantik Jawatankuasa bagi memastikan infratstruktur dan persekitaran berada dalam keadaan yang baik    
2. Memberi arahan melaksanakan pemantauan secara berkala    
3. Menyediakan jadual pemantauan    
4. Melaksanakan pemantauan secara berkala    
5. Sekiranya ada aduan/isu tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikan aduan/isu tersebut    
6. Menyediakan laporan dan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan    
7. Membuat tindakan susulan berdasarkan laporan yang telah dibentangkan    
8. Rekod dan dokumentasi    

Semoga info dan maklumat ini memudahkan proses anda menyiapkan portfolio anda, dinasihatkan menggunakan Word 2010 ke atas. Word 2007 tidak berapa sesuai, kerana ada beberapa muka surat yang ‘lari’

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u