Beberapa hari lepas, ramai yang telah diberi taklimat untuk penyediaan myPortfolio Guru, dan ada juga yang masih belum mengetahui apa itu myPortfolio ini? Adakah tambah lagi bebanan kerja guru?

Sebenarnya bukan begitu, myPortfolio ini merupakan penjenamaan semula Fail Meja yang sebelum ini, jika dilihat pekeliling Fail Meja adalah PKPA Bil 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Selaras dengan perkembangan semasa, revolusi perindustrian keempat, ia telah dikaji semula dan ditambah baik, maka Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan.

Rujuk Artikel Sebelum ini: myPortfolio

Cara Buat myPortfolio Guru

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah memuat turun Template myPortfolio Guru, template ini boleh dimuat turun di: myPortfolio

Dalam folder yang dimuat turun tersebut, terdapat beberapa template lain, mengikut jawatan yang ada di sekolah. Sebgai guru anda boleh gunakan template: guru akademik biasa.

Paparan Template Guru Akademik Biasa:

myportfolio guru

 

Di atas ini paparan kandungan di dalam template yang telah disediakan.

Dapatkan Maklumat Sekolah

Anda boleh dapatkan maklumat sekolah anda seperti carta organisasi, maklumat sekolah, no telefon dan laman sesawang anda di dalam Fail Pengurusan Sekolah atau Takwim Pengrusan Sekolah. Lebih baik lagi anda dapatkan versi word, untuk meudahkan anda copy anda paste.

Carta Organisasi

Gantikan dengan carta organisasi sekolah masing-masing. Hanya nama jawatan, tidak perlu nama penyandang dan gred.  Masukkan nama sekolah. Kuningkan kedudukan jawatan anda.

template myportfolio

Deskripsi tugas

Rujuk pada gambar di bawah:

  • Warna merah – perlu diisi
  • Warna hijau – boleh diubahsuai
  • Warna kuning – Gred jawatan, bukan gred penyandang

fail myportfolio


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Proses Kerja, Carta Alir dan Senarai Semak: Boleh diubahsuai jika perlu

  • Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa – Ditambah jika ada yang berkenaan
  • Senarai Borang – Perlu tambah senarai borang yang digunapakai
  • Senarai Jawatan kuasa dianggotai – Perlu ditambah

Setelah anda kemaskini maklumat yangada di dalam templat tersebut, simpan terlebih dahulu, tidak perlu cetak lagi. Penyediaan myportfolio ini boleh dilakukan secara berkumpulan bagi memudahkan prosesnya, namun perlu dipastikan jawatan yang dipegang sama. Jika guru kaunseling templatenya berbeza dengan guru akademik biasa.

Oleh itu pastikan anda memuat turun templat yang betul.

Apakah Tujuan Penyediaan myPortfolio Guru ini?

 

Sebenarnya bukan guru sahaja yang perlu menyediakannya, semua Penjawat Awam lain juga perlu buat. Untuk itu, pelaksanaan panduan kerja melalui myPortfolio diperkenalkan bagi memperkukuhkan pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab agensi demi memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan.

Panduan kerja yang lebih ringkas dan mudah ini juga menepati kehendak semasa dan perubahan landskap perkhidmatan awam yang bakal didominasi oleh golongan millennial yang aktif menggunakan teknologi dan mahukan tindakan yang lebih cepat.

myPortfolio secara prinsipnya berupaya bertindak sebagai radas dalam bidang pengurusan sumber manusia sektor awam seperti pelan penggantian (succession planning), pementoran (mentoring), bimbingan khusus (coaching), dan latihan (training). Sebagai contoh, myPortfolio boleh dimanfaatkan dalam program pementoran (mentoring).

Ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti mentor dan mentee melalui kandungan Deskripsi Tugas dengan tujuan bagi memindahkan pengetahuan kerja, tacit knowledge dan sokongan kepada perkembangan kerjaya mentee.

Pelaksanaan myPortfolio dalam sesebuah organisasi boleh menjadi bukti kepada pematuhan peraturan dan proses kerja yang ditetapkan. Sebagai contoh, myPortfolio boleh digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat didokumentasikan di bawah keperluan MS ISO 9001.

Kita juga bertuah kerana, pihak JPN dan PPD telah menyediakan template untuk guru-guru, hanya tinggal masukkan maklumat yang berkaitan dan yang perlu dikemaskini sahaja. Oleh itu, proses penyediaan myPortfolio ini akan lebih sistematik dan selaras mengikut jawatan.

Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada anda khususnya kepada guru-guru yang ingin menyediakan dokumen ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u