Sebelum ini ramai ibu bapa bertanya bilakah tarikh keputusan UPSR 2017 akan keluar? Pasti mendebarkan bukan, tambahan pula tahun ini merpakan tahun ke 2 penggunaan format baharu UPSR.

Jika tahun lepas ramai ibu bapa yang agak terkejut dengan keputusan yang diterima. Bagi tahun ini, yang lebih mendebarkan ialah ibu bapa adakah anaknya berjaya mendapat keputusan 6A? Tidak kurang juga, debaran turut dirasai oleh guru-guru terutamanya yang mengajar di tahun 6.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 23 Nov 2017
  • Hari: Khamis
  • Masa: 10 Pagi

 

tarikh keputusan upsr 2017

Seperti biasa calon boleh mendapatkan Slip Keputusan di sekolah masing-masing.

Kebiasaannya akan dibuat majlis sempena keputusan UPSR keluar di sekolah.

Cara Semak Keputusan UPSR Melalui SMS


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sekiranya ada ibu bapa yang tidak dapat hadir, boleh menyemak keputusan UPSR secara SMS caranya adalah seperti berikut:

Taip UPSR jarak Angka Giliran kemudian hantar ke 15888

Contoh:

UPSR AZ2211221

Hantar ke 15888

 

Seperti biasa akan berlaku kelewatan menerima sms kerana ramai yang membuat semakan.

Caj RM0.15 untuk penghantaran dan RM0.20 untuk setiap sms yang diterima.

Dengan adanya sistem ini ia memudahkan ibu bapa atau keluarga terutamanya yang tidak dapat bersama mengambil keputusan dan tidak sabar lagi untuk mengetahuinya.

Memandangkan hari tersebut adalah hari persekolahan, ibu bapa tidak perlulah datang terlalu awal, melainkan ada dimaklumkan supaya hadir awal.

Sementara menunggu keputusan keluar, sebaiknya kita buat solat hajat, berdoa dan bertawakal kepada Allah agar diberikan keputusan yang cemerlang.

Selain daripada itu, ibu bapa perlu positif terhadap anak-anak, biar apa pun keputusan, jangan lupa untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Ini baru langkah pertama mereka, usah biarkan mereka berasa putus asa. Saat itu mereka sangat memerlukan ibu dan bapa mereka untuk memulihkan semangat mereka.

Kepada semua calon, kita doakan anda semua berjaya tidak kira dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, diharap info dan tips ini dapat membantu anda semua. Semoga keputusan tahun ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u