Peperiksaan bagi mata pelajaran Sains bermula seawal Tahun 1 lagi, ini bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid terhadap Dunia Sains dan Teknologi. Di sini admin ingin kongsikan kepada anda Kertas Soalan Sains Tahun 1 Soalan Akhir Tahun.
Mata Pelajaran Sains sebenarnya perlu dipupuk sejak kecil lagi, beberapa eksperimen yang menarik mampu memberikan mereka berasa teruja untuk terus mempelajari subjek Sains.
Kebiasaannya soalan sains di darjah 1 lebih mudah, ringkas dan mudah difahami, selaras dengan tahap pengetahuan mereka.
Soalan biasanya dibina oleh guru-guru yang mengajar mereka, dan mengetahui tahap dan aras yang mereka mampu capai. Namun begitu ia juga mempunyai beberapa soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, seiring dengan keperluan semasa, dan menepati Standard Kandungan Kurikulum Sekolah Rendah KSSR Semakan.
Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan contoh Soalan Sains Tahun 1 ini bolehlah mendapatkannya di pautan berikut:
SOALAN SAINS TAHUN 1 AKHIR TAHUN
Sekiranya anda mempunyai soalan ujian atau latihan yang ingin dikongsi bersama bolehlah menghantarnya ke emel: pendidik2u@gmail.com
Untuk soalan-soalan subjek lain boleh rujuk di: Bank Soalan SK
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua khususnya para guru yang akan membina soalan atau ingin memberi latihan kepada murid-murid.