Bank Negara Malaysia sebelum ini mengumumkan penangguhan pembayaran pinjaman bank seperti berikut:

Bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini.

Ramai yang bertanya apakah LPPSA juga terlibat dalam penangguhan ini?

Kebanyakkan Penjawat Awam biasanya membeli rumah menggunakan pinjaman dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan pasti mahukan jawapan adakah ia juga terlibat dengan penangguhan ini.

Seperti mana yang kita maklum, Penjawat Awam menerima gaji tetap, tanpa ada pengurangan, namun begitu ia tidak menjamin mereka tidak terjejas dengan krisis ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

LPPSA juga dalam kenyataan di Facebook Rasminya menjawab beberapa pertanyaan warganet:

Selamat sejahtera. LPPSA mengambil maklum dengan situasi yang berlaku. Namun, tiada makluman berkaitan perkara tersebut pada ketika ini. LPPSA akan segera memaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan atau info terkini. Terima kasih.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Daripada jawapan ini, kita percaya mereka masih lagi dalam proses perbincangan dan berharap ada jawapan dalam masa terdekat ini.

Lppsa terlibat penangguhan

Semoga kita dapat menerima berita yang positif berkenaan dengan perkara ini.

Jika ada penangguhan mungkin dapat membantu mengurangkan bebanan semasa.