Tema Hari Kebangsaan 2018 telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu ‘Sayangi Malaysiaku‘. Sambutan pada tahun ini menjadi sejarah baru di bawah pentadbiran Malaysia Baru.
Bertepatan dengan tema tersebut, ia bagi memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama menzahirkan rasa cinta kepada negara yang tercinta, menerapkan amalan hormat menghormati sekaligus dapat mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Rasional Tema
“Sayangi Malaysiaku” menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bai memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa dan fahaman.
Logo Hari Kebangsaan ke 61 / Hari Kemerdekaan 2018
Logo ini menggambarkan simbol 3 orang melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan ketiga-tiga orang itu.
Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Penggunaan warna-warni adalah berdasarkan Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

Logo ini dicipta oleh: Nik Zulkifli Nik Hitam
Lagu Tema Sempena Hari Kebangsaan 2018
- Tajuk: Kita Punya Malaysia
- Penyanyi: Bunkface
- Ciptaan: Sam Bunkface
| Lirik Lagu: Kita Punya Malaysia |
| 31 Bulan 8,57 Perjuangkan pertahankan tanah airku Impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi negara Selamanya…Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysiaku Tanah Airku (Ini Kita Punya) Sayangi Malaysiaku Sayangi Malaysia Satu Suara Laungkan (Merdeka!)Jangan lemah bangunlah Buat baru semula Percayalah hari ini Kita punya impian aku gemilang baru Satu suara laungkan (Merdeka!) Bangkit semua demi Negara Selamanya… Kita Merdeka Merdeka x3 Kita Merdeka Sayangi Malaysiaku |
| PROGRAM BULAN KEBANGSAAN 2018 | ||
| Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Geminlang 2018 | 4 ogos 2018 | Padang Kota Lama Pulau Pinang |
| Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2018 | 1-31 Ogos 2018 | |
| Pameran MyMerdeka | 3 Ogos – 16 Sept 2018 | Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor dan Sarawak. |
| Kembara Merdeka Jalur Gemilang | 4-31 Ogos 2018 | Seluruh Malaysia |
| Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 | 31 Ogos 2018 | Dataran Putrajaya, Putrajaya |
| Sambutan Hari Malaysia | 16 September 2018 | Kota Kinabalu, Sabah |
Cadangan Program di Peringkat Sekolah
Sambutan Bulan Keangsaan turut disambut meriah di peringkat sekolah, boleh dikatakan ia menjadi acara wajib yang mesti dilaksanakan setiap tahun. Sekolah akan dihiasi dengan Jalur Gemilang, dan pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan tersebut. Contoh aktiviti dan program untuk sambutan kemerdekaan adalah seperti berikut:
- Pelancaran Bulan Kebangsaan
- Pertandingan Mewarna dan Melukis Logo
- Pertandingan Pakaian Bertemakan Jalur Gemilang
- Pameran dan Tayangan Video / Filem Patriotik
- Nyanyian Lagu Patriotik
- Pidato dan Sajak
Sekiranya anda ditugaskan untuk menguruskan program ini anda boleh merujuk Kertas Kerja di sini: Kertas Kerja
Semoga info dan maklumat ini berguna untuk anda semua, jangan lupa untuk kongsikan untuk manfaat bersama.









