Jadual UPSR 2018 (RASMI)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan pada bulan September 2018 ini, Lembaga Peperiksaan juga telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan UPSR 2018 untuk rujukan para guru dan juga calon-calon yang terlibat.

Jadual Waktu Peperiksaan ini juga mengandungi garis panduan serta panduan kepada JPN, Guru Besar dan Ketua Pengawas Peperiksaan.

Selain daripada itu,ia juga turut menyertakan Arahan, Amaran, Larangan dan Peringatan kepada Calon UPSR.

Arahan Di Dewan/Bilik Peperiksaan

  • Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  • Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/08/Jadual-UPSR-2018.pdf” title=”Jadual UPSR 2018″]

Jadual di atas juga boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan atau boleh download di: UPSR 2018

20 SEPTEMBER 2018 KHAMIS
  • Bahasa CIna Pemahaman
  • Bahasa Tamil Pemahaman
  • Bahasa CIna Penulisan
  • Bahasa Tamil Penulisan
24 SEPTEMBER 2018 ISNIN
  • Bahasa Melayu Pemahaman
  • Bahasa Melayu Penulisan

 

25 SEPTEMBER 2018 SELASA
  • Bahasa Inggeris Pemahaman
  • Bahasa Inggeris Penulisan
26 SEPTEMBER 2018 RABU
  • Matematik Kertas 1
  • Matematik Kertas 2
27 SEPTEMBER 2018 KHAMIS
  • Sains Kertas 1
  • Sains Kertas 2

 

ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

  • Menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
  • Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
  • Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

  • Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  • Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  • Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  • Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  • Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  • Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  • Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  • Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
  • Membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung.
  • Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
  • Membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Semoga calon-calon dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Didoakan juga semua calon dapat menjawab dengan baik, tenang dan berjalan dengan lancar.

1 thought on “Jadual UPSR 2018 (RASMI)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top