Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membuat penambahbaikan dan perubahan ke arah yang lebih baik, telah merangka usaha dan sasaran yang mahu dicapai pada 2019 ini.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dalam Facebook rasminya telah memuat naik senarai perubahan yang bakal berlaku pada 2019 nanti.

Berikut adalah 7 Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019:

  1. Masalah sekolah daif akan diselesaikan secara signifikan.
  2. Tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan.
  3. Peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2, 3 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif.
  4. Penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai.
  5. Sarapan dan bantuan kepada murid B40.
  6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah.
  7. Tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai, kelas kurang pandai.

Berdasarkan 7 perkara ini, ia amat diharap dapat direalisasikan, kita percaya usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan 7 perkara ini dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi guru-guru sudah pastilah tertumpu kepada perkara No. 2 iaitu ‘tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan’.

Harapan semua guru mahu melihat perkara ini benar-benar berlaku, sekalugus memberi ruang kepada guru unutk memfokuskan kepada PdPc dan penerapan nilai berteraskan konsep Kasih Sayang, Kegembirann, dan Hormat Menghormati.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Guru juga menyambut baik usaha KPM untuk memberi sarapan percuma kepada golongan B40, ia sekaligus mampu meringankan bebanan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Begitu juga dengan tiada lagi pembahagian kelas, ‘Streaming Kelas’ yang hampir kebanyakan sekolah melaksanakannya. Mungkin 2019 ini kita akan melihat perubahan tersebut, di mana murid tidak lagi diasingkan mengikut ‘kepandaian’.

Masalah kanak-kanak tidak dapat bersekolah kerana tiada dokumen akhirnya dapat diatasi apabila konsep pendidikan untuk semua dilaksanakan, benar kita tidak boleh menafikan pendidikan kepada kanak-kanak semata-mata mereka tiada dokumen, sedangkan bukan salah mereka yang tidak tahu apa-apa.

Akhir sekali, pemansuhan peperiksaan di tahap 1, (Tahun 1,2,3), ia sekaligus dapat mengeluarkan kita dari konsep pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Walaupun terdapat sesetengah masyarakat yang kurang bersetuju dengan kaedah ini, namun ia merupakan jalan terbaik untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u