Peperiksaan bagi murid Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.

Kenyataan tersebut dipetik dari twitter Menteri Pendidikan Dr. Maszlee bin Malek awal pagi tadi.

Secara realitinya, di sebahagian sekolah masih mengamalkan ‘exam oriented’ walaupun sebenarnya telah beralih kepada PBS.

Amalan Ujian Akhir Tahun contohnya dijadikan penanda aras bagi mengasingkan murid mengikut tahap.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Selain dari itu, di peringkat sekolah rendah sepatutnya diberi penekanan kepada nilai-nilai murni, penerapan adab, sahsiah dan budaya hormat menghormati.

Namun begitu proses perubahan untuk keluar dari ‘exam oriented’ masih perlahan kerana faktor seperti jumlah murid yang ramai di dalam kelas, kesukaran membuat pentaksiran, dan amalan tradisi.

Ibu bapa juga masih belum memahami proses pelaksanaan PBS. Mereka mahu tahu berapa markah anaknya dapat, nombor berapa dalam kelas, berapa A dapat. Bahkan bimbang apabila tiada ujian anaknya tidak mahu membaca buku atau mengulangkaji pelajaran.

Baca juga Apa Itu PPSR

‘Mind Set’ ini perlu dijelaskan dengan kembali kepada falsafah pendidikan negara, iaitu memastikan murid itu seimbang dari segi Jasmani Emosi Rohani dan Intelek.

Seperti mana Dr. Maszlee Malik selalu sebut, 3 perkara yang perlu menjadi budaya di sekolah, Kasih Sayang, Kegembiraan dan Hormat Menghormati. 3 perkara ini bila menjadi budaya ia akan mudah diserap ke dalam diri murid.