Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah merupakah pelaporan yang menyeluruh untuk murid tahun 6 yang telah tamat belajar di peringkat Sekolah Rendah.
Bertepatan dengan konsep pelaporan yang holistik dan bermakna, PPSR sebenarnya membuka mata masyarakat bahawa murid itu perlu dilihat potensinya secara keseluruhan, bukan semata-mata tertumpu kepada keputusan UPSR.
Oleh yang demikian bermula 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia selaku kementerian yang bertanggungjawab telah membuat pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah tamat persekolahan peringkat rendah selama 6 tahun.
Adakah perkara ini menyimpang arus pendidikan?
Sebenarnya tidak, ia selaras dengan apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangasaan di mana tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
SPPK Pentaksiran Holistik dan Bersepadu merangkumi beberapa elemen penting seperti berikut:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran Pusat (PP)
- Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH | ||
PBD
Pentaksiran Bilik Darjah |
Perkembangan dan Pencapaian |
|
PAJSK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum |
Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian | Murid ditaksir melalui:
SEGAK-Standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan BMI- merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan SUKAN- Penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa Kokurikulum- Penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa Ekstrakurikulum- Penyertaan dan pelibatan secara sukarela di dalam dan di luar sekolah serta di dalam dan di luar negara |
PPsi
Pentaksiran Psikometrik |
Profil | PPsi dilaksanakan untuk mengumpul data tret psikologi murid
Instrumen Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) |
UPSR
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah |
Pencapaian |
|
PASR
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah |
Pencapaian |
|
Pada akhir persekolahan peringkat sekolah rendah murid akan menerima 4 pelaporan:
|
Apa Maksud Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.
Aktiviti Pembelajaran
- Menepati kurikulum
- Bersesuaian dengan pembelajaran abad 21
Kaedah Pentaksiran
- Kuiz
- Kerja Projek
- Ujian Bulanan
- Peperiksaan peringkat sekolah
Tahap Penguasaan
- Bukan perbandingan antara individu
- Standard Prestasi
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum, ekstra kokurikulum, dan kecergasan fizikal unutk digunapakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan sepanjang tahun. Boleh Rujuk: PAJSK
Maklumat PPSR boleh rujuk:
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
Semoga info dan maklumat penting berkenaan Pentaksiran Sekolah Rendah ini dapat membantu guru-guru dan ibu bapa khasnya dalam memahami setiap bidang pelaporan yang telah dikeluarkan.