Sudah beberapa kali isu ini telah dikeutarakan setiap tahun, bahkan beberapa minggu lepas juga admin up kan supaya, mereka yang terlibat boleh ambil perhatian.
Di dalam inbox Pendidik2u juga menerima beberapa mesej supaya menyuarakan isu ini di media sosial mungkin kerana mereka mengambil kira faktor Pendidik2u sebagai Page yang berpengaruh membawa isu-isu guru ini.
Jika tahun-tahun lepas sudah dinyatakan bahawa mesyuarat guru hanya boleh dimulai selepas 25 Disember, namun tidaklah sehingga perlu dikeluarkan pekeliling, cukup sekadar saranan dari KPPM dan ditegaskan sendiri oleh Menteri Pendidikan.
Akhirnya tahun ini juga, Dato’ Seri Mahdzir Khalid sendiri di Page Rasmi beliau memuat naik status berkenan guru perlu hadir bertugas secara bergilir-gilir. Berikut adalah kenyataan beliau:
“Cuti sekolah akhir tahun: Guru hadir tugasan rasmi sahaja seperti kursus, mengawas peperiksaan awam seperti SPM dan STPM, BUKANNYA bertugas menjaga pejabat sekolah secara bergilir-gilir. KPPM Datuk Dr. Amin Senin akan membuat susulan dengan semua PGB dengan SPI yang berkaitan kelak melalui BPSH secara terperinci dan rasmi.”
Beberapa isu yang diketangahkan sebelum ini seperti:
Tidak Wajar Bertugas Waktu Cuti
Cuti Beri Peluang Guru Bersama Keluarga
Kebanyakan guru sebenarnya dari luar negeri, mereka ingin pulang ke kampung bertemu ibu-bapa, dan bercuti bersama keluarga. Bagi yang PJJ lagilah, masa inilah untuk mereka bersama menghabiskan masa bersama-sama, sudahkan kesedihan egtukar tidak lulus, kena pula hadir bertugas di sekolah.
Kali ini, pihak Menteri Pendidikan sendiri meminta KPPM Datuk Dr. Amin Senin mengeluarkan SPI berkenaan isu guru bertugas semasa cuti ini dengan lebih terperinci.
Kita harap Surat Siaran yang akan dikeluarkan ini dapat membantu guru-guru terutamanya dalam menyelesaikan isu cuti akhir tahun ini.
Sebenarnya biarpun waktu cuti, guru turut melakukan kerja-kerja pengkeranian di rumah, seperti membuat RPT, mengumpul DSKP, membuat fail RPH, mencari bahan-bahan hias kelas dan sebagainya.
Kita percaya, guru telah memberi komitmen sepenuhnya semasa sesi persekolahan, kini waktu cuti biarlah berehat seketika, masa cuti-cuti betul-betul, masa kerja kerja betul-betul.