Sebagai seorang guru, tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak sekolah amatlah dititik beratkan terutamanya dalam memastikan anak-anak murid berjaya dalam akademik dan juga sahsiahnya.
Seperti biasa, setiap akhir tahun akan ada cuti sekolah lebih kurang 5 minggu, kebiasaannya minggu terakhir akan diadakan mesyuarat akhir tahun sempena pembukaan sesi persekolahan.
Soalan:
- Bila mesyuarat akhir tahun sekolah anda?
- Adakah ada guru yang kena bertugas semasa cuti?
Terdapat juga sekolah-sekolah yang membuat jadual bertugas guru semasa cuti sekolah serta mengadakan mesyuarat guru terlalu awal di tengah cuti. Perkara ini telah menyebabkan rasa kurang senang di kalangan para guru terutamanya yang pulang ke kampung halaman yang jauh.
Ramai yang meminta pihak kesatuan, persatuan, NGO pendidik untuk mempertahankan waktu cuti guru agar tidak diganggu atas alasan ‘bertugas’ menjaga sekolah. Pendidik2u sendiri menerima banyak mesej agar mengetengahkan hal ini.
Contoh jadual bertugas guru waktu cuti sekolah:
Sebenarnya hal ini juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan pada tahun lepas, di mana menyarankan mesyuarat guru hanya dibuat selepas 25 Disember.
Pada pandangan kita, ‘arahan’ ini masih relevan untuk diguna pakai pada tahun ini memandangkan belum ada arahan-arahan terbaru.
Selain daripada itu, berdasarkan kenyataan daripada NUTP, Guru Penolong/ Guru Akademik tidak seharusnya diminta untuk bertugas ketika cuti penggal, kerana mereka tidak ada kuasa eksekutif.
Kadang-kadang kita juga hairan sekolah yang mengarahkan guru bertugas menjaga sekolah, bukankah sudah ada pentadbir dan kerani di sekolah? Kalau ada kerja-kerja sekalipun, ia boleh disiapkan sebelum cuti.
Kita tidak nafikan Pengetua dan Guru Besar boleh memanggil guru untuk datang bertugas ke sekolah, namun jika tiada urusan yang tidak penting tidak perlulah sehingga memanggil untuk hadir ke sekolah. Lagipun ada banyak alternatif yang boleh digunakan seperti, telefon, emel, atau Whatsapp.
Diharap perkara ini dapat dibincang dengan baik dan profesional.
Mcmana nk selesai secara profesional kalau pentadbir xprofesional.
Tuan,
Boleh saya tahu dimana keratan (Isu: Guru penolong/ guru akademik…..) tersebut di ambil. Untuk tujuan rujukan kajian.