Buku Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21 ini merupakan himpunan tutorial menggunakan multimedia sebagai alat bantu mengajar berasaskan teknologi terkini. Ia merupakan usaha dari guru-guru kita yang mahir dan pakar dalam memanfaatkan kemudahan teknologi yang boleh diterapkan semasa PdPc.
Dengan adanya modul ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru membina BBM sendiri berasaskan STEM. Panduan di dalam modul ini juga dilengkapi dengan gambar dan ayat yang mudah difahami. Bagi mereka yang kurang mahir dalam penggunaan komputer juga boleh sama-sama belajar menggunakannya.
Beberapa tajuk yang menarik dan penting dimasukkan di dalam modul ini iaitu:
Teknik Mirroring
Penggunaan teknik mirroring ini dapat memudahkan guru untuk bergerak di dalam kelas, dalam masa yang sama dapat memaparkan bahan bantu mengajar di skrin dan guru mengawalnya di telefon pintar atau tablet secara wireless.
Digital Ink
Kaedah ini menggantikan penggunaan Marker Pen dan papan putih. Kebaikannya dapat menjimatkan Marker Pen, dan boleh menulisnya di smartphone sahaja.
Selain itu juga boleh digunakan untuk menjawab soalan atau menanda jawapan.
Video Editor
Dalam video editor ini anda dapat mempelajari beberapa kaedah dalam menyunting video menggunakan:
- Youtube Editor
- Viva Video
Sekiranya anda tiada kemahiran menyunting video sebelum ini, anda tidak perlu bimbang kerana perisian ini mudah dan senang untuk digunakan.
Video yang dihasilkan juga tidak kurang hebatnya.
Green Screen
Skrin Hijau ini sebenarnya digunakan untuk membuat suntingan gambar. Background layar hijau digunakan untuk memudahkan gambar di ‘crop’.
Di dalam modul ini, anda dapat mempelajari kaedah menyunting gambar dengan mudah.
Google Classroom
Google Classroom ialah aplikasi yang disediakan oleh pihak Google. Namun tidak semua orang memanfaatkan kemudahan yang dibangunkan oleh Google ini. Google Classroom dilihat adalah merupakan aplikasi yang lebih maju dalam menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21.
Penilaian Dalam PdPc
Terdapat pelbagai aplikasi yang difokuskan di dalam Modul Multimedia STEM ini antaranya ialah:
- Quizizz
- Formative
- Plickers
- EDpuzzle
- H5P (HTML 5 Packages)
- Vizia
Kesemua ini dilengkapi panduan dan tutorial untuk anda mencubanya. Anda juga boleh membaca dan terus membuatnya secara praktikal supaya anda lebih faham menggunakannya.
Penggunaan aplikasi seperti ini dapat membantu menarik minat pelajar, murid yang tidak aktif di dalam kelas akan turut sama mahu memanfaatkannya.
Kepada yang ingin mendapatkan Ebook Multimedia ini boleh dapatkannya di sini:
Modul Multimedia PdPc STEM Abad 21
Kita mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada barisan penulis yang hebat dan penerbit di atas usaha menghasilkan modul ini. Semoga apa yang dihasilkan ini dimanfaatkan sepenuhnya khususnya warga pendidik.
Amat membantu dlm menambah pengetahuan
Elok untuk sekolah yang mesra internet sahaja.