Home info Bantuan Sara Hidup (COLA) Naik RM50 (Pelaksana)

Bantuan Sara Hidup (COLA) Naik RM50 (Pelaksana)

151
0
elaun Cola

Perkhidmatan Awam merupakan tonggak pentadbiran Kerajaan dalam mendokong kemajuan negara. Melalui Belanjawan 2020, Kerajaan menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam.

Antara intipati yang berkaitan dengan Penjawat Awam adalah seperti, Menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

COLA naik sebanyak RM50, di mana kadar COLA berbeza mengikut Kawasan.

Kawasan A: RM300 akan jadi RM350
Kawasan B: RM250 akan jadi RM300
Kawasan C: RM150 akan jadi RM200

Kenaikan ini hanya berlaku kepada Kumpulan Pelaksana, manakala Kumpulan Profesional 41 keatas tidak ada kenaikan.

Selain itu, anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta bagi tahun 2020. Ini akan memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

Membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

Menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Sebagai tambahan, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, Kerajaan akan memperkenalkan:

Pertama: Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000; dan

Kedua: Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here